- Melahirkan generasi al-Quran dan para ulama’ yang menepati ciri-ciri taqwa dan beramal dengannya
- Melahirkan generasi al-Quran yang dilengkapi dengan tiga aspek cabang ilmu utama iaitu Iman, Islam dan Ihsan
- Telah khatam bacaan al-Quran
- Boleh membaca al-Quran dengan tajwid dan kelancaran yang baik
- Mempunyai minat yang mendalam dalam hafazan al-Quran dan ilmu yang lain
- Berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak
- Kategori A: Sekolah Rendah Sepenuh Masa - 7 sehingga 12 tahun (lelaki sahaja)
- Kategori B: Sekolah Menengah Sepenuh Masa - 13 sehingga 18 tahun (lelaki sahaja)
- Kategori C: Tahfiz Separuh Masa - Terbuka kepada pelajar berumur tidak melebihi 35 tahun
Para pelajar akan mengambil masa selama tiga tahun bagi mengkhatamkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Pada peringkat permulaan, iaitu tiga bulan yang pertama, mereka akan dilengkapi terlebih dahulu dengan ilmu-ilmu asas Fardhu Ain di samping mengikuti kelas kelancaran Al-Quran sebelum memulakan hafazan. Ilmu-ilmu tersebut merangkumi ilmu Aqidah, Feqah dan Akhlak .