PENGUMUMAN

RAYUAN SUMBANGAN

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Tahfiz Ar-Redha

Nombor akaun: 13044010030438

Pengenalan

Pusat Tahfiz Ar-Redha ditubuhkan bertujuan menyediakan program Hafazan Al-Quran bagi masyarakat setempat khususnya, dan masyarakat Malaysia amnya. Antara objektif penubuhan pusat tahfiz ini ialah:
  • Melahirkan generasi al-Quran dan para ulama’ yang menepati ciri-ciri taqwa dan beramal dengannya
  • Melahirkan generasi al-Quran yang dilengkapi dengan tiga aspek cabang ilmu utama iaitu Iman, Islam dan Ihsan
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
  • Telah khatam bacaan al-Quran
  • Boleh membaca al-Quran dengan tajwid dan kelancaran yang baik
  • Mempunyai minat yang mendalam dalam hafazan al-Quran dan ilmu yang lain
  • Berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak
SASARAN PELAJAR
  • Kategori A: Sekolah Rendah Sepenuh Masa - 7 sehingga 12 tahun (lelaki sahaja)
  • Kategori B: Sekolah Menengah Sepenuh Masa - 13 sehingga 18 tahun (lelaki sahaja)
  • Kategori C: Tahfiz Separuh Masa - Terbuka kepada pelajar berumur tidak melebihi 35 tahun
JANGKAMASA PENGAJIAN

Para pelajar akan mengambil masa selama tiga tahun bagi mengkhatamkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Pada peringkat permulaan, iaitu tiga bulan yang pertama, mereka akan dilengkapi terlebih dahulu dengan ilmu-ilmu asas Fardhu Ain di samping mengikuti kelas kelancaran Al-Quran sebelum memulakan hafazan. Ilmu-ilmu tersebut merangkumi ilmu Aqidah, Feqah dan Akhlak .